skip to main content

NOTIS MAKLUMAT PEREKRUTAN

24.05.2018

Notis ini menerangkan bagaimana Cargill menggunakan Maklumat Peribadi mengenai pemohon kerja. Kami merujuk ini sebagai "Maklumat Perekrutan". Anda juga mungkin mempunyai hak undang-undang tertentu berkenaan dengan Maklumat Perekrutan. Notis ini juga meringkaskan tentang semua ini.

Notis ini terpakai untuk permohonan yang dikemukakan melalui laman web kerjaya Cargill, termasuk melalui sistem pihak ketiga yang bernama Taleo, pihak ketiga seperti agensi perekrutan, lembaga kerja dan cara lain seperti melalui pos dan e-mel.

1. APAKAH MAKLUMAT PEREKRUTAN YANG DIKUMPULKAN OLEH CARGILL?

Cargill secara amnya hanya mengumpul Maklumat Perekrutan dalam proses perekrutan yang diperlukan untuk menilai anda untuk jawatan yang telah anda mohon.  Ini termasuk kategori berikut:

  • Maklumat permohonan: Maklumat ini pada umumnya akan memberitahu kami siapa anda dan membantu memberi gambaran keupayaan dan kesesuaian anda untuk jawatan tertentu. Maklumat ini mungkin termasuk nama anda, maklumat hubungan, syarikat semasa, maklumat yang terkandung dalam CV / resume anda (misalnya kelayakan profesional, sejarah pekerjaan terdahulu, minat dan pengalaman peribadi), maklumat yang terkandung dalam akaun media sosial anda atau laman web atau akaun peribadi (contohnya, LinkedIn atau Twitter), maklumat mengenai jenis kerja dan projek yang anda terlibat dan apa-apa maklumat lain yang anda ingin berikan kepada kami sebagai sebahagian daripada permohonan anda;
  • Maklumat proses perekrutan: Ini adalah maklumat yang dikumpulkan hasil daripada proses perekrutan seperti prestasi anda di pusat penilaian atau temu duga dan maklumat yang diberikan oleh rujukan anda;
  • Maklumat peluang masa depan: Ini adalah maklumat yang dikumpulkan untuk terus berhubung dengan anda mengenai peluang pekerjaan di Cargill seperti nama, e-mel, lokasi, bidang kepakaran dan jenis peranan yang anda berminat;
  • Maklumat laman web kerjaya: Ini adalah maklumat yang berkaitan dengan penggunaan laman web kerjaya Cargill anda, contohnya alamat IP anda. Maklumat ini boleh dikumpulkan menggunakan kuki dan teknologi yang serupa. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Cargill menggunakan kuki dan teknologi yang serupa, sila lihat Notis Privasi Dalam Talian Cargill;
  • Maklumat Peribadi mengenai sabitan jenayah atau maklumat perubatan hanya akan dicari di mana dibenarkan oleh undang-undang berkenaan.

Cargill umumnya menerima Maklumat Perekrutan sama ada (a) secara langsung daripada anda (misalnya apabila anda memberikan maklumat sebagai sebahagian daripada permohonan anda atau semasa proses perekrutan) atau (b) dari pihak ketiga (contohnya dari agensi perekrutan). Cargill akan menandakan sama ada maklumat yang diminta adalah wajib atau pilihan. Cargill juga akan menjelaskan akibatnya sekiranya anda memutuskan untuk tidak memberi maklumat yang Cargill telah menyatakan adalah wajib. Dalam sesetengah keadaan, ini mungkin bermakna Cargill tidak dapat memproses permohonan anda. 

2. APAKAH YANG AKAN CARGILL LAKUKAN DENGAN MAKLUMAT PEREKRUTAN ANDA?

Tujuan utama Cargill menggunakan Maklumat Perekrutan anda termasuk:

  • Menyokong dan Memproses Permohonan anda,, sebagai contoh, supaya Cargill dapat menilai kemampuan anda untuk memenuhi spesifikasi pekerjaan, untuk menyenarai pendek pemohon dan mengesahkan rujukan dan kelayakan profesional yang disediakan oleh pemohon.
  • Memperbaiki Proses Permohonan Cargill, sebagai contoh untuk memastikan bahawa laman web kerjaya adalah mesra pengguna dan mengandungi maklumat yang sesuai dan berguna.
  • Pengurusan Keselamatan, sebagai contoh untuk memastikan keselamatan premis, aset, maklumat, pekerja dan kakitangan lain Cargill.
  • Pematuhan Undang-Undang dan Pengawalseliaan, seperti pematuhan terhadap keperluan kesihatan & keselamatan dan kewajipan undang-undang atau fiskal lain, atau berkaitan dengan litigasi atau penyiasatan atau audit dalaman, serta pemantauan peluang yang sama.

Cargill boleh mengesahkan Maklumat Perekrutan yang anda berikan dan / atau mengumpul Maklumat Peribadi tentang anda daripada sumber pihak ketiga untuk membantu "Semakan Pra-Pekerjaan". Jika ini berlaku:

  • Anda akan dimaklumkan terlebih dahulu di mana aspek Maklumat Perekrutan anda akan disahkan termasuk penjelasan tentang bagaimana Semakan Pra-Pekerjaan akan dijalankan; dan
  • Maklumat mengenai sabitan jenayah (jika dikumpul) atau maklumat perubatan hanya akan dikumpul melalui sumber rasmi yang dibenarkan dan mematuhi undang-undang berkenaan.

Cargill juga memerlukan anda menjalankan ujian dadah dan alkohol sebelum memulakan pekerjaan, mengikut undang-undang yang berkenaan.

Cargill hanya akan memproses Maklumat Perekrutan anda di mana ia mempunyai asas undang-undang untuk melakukannya. Secara umumnya, Cargill akan memproses Maklumat Perekrutan untuk membantu memutuskan sama ada hendak memasuki hubungan pekerjaan atau kontrak pekerjaan dengan anda. Pada masa yang lain, Cargill akan memproses Maklumat Perekrutan anda kerana anda telah bersetuju dengan Cargill melakukannya. Dalam hal ini anda boleh menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa.

Cargill juga boleh memproses Maklumat Perekrutan anda untuk mematuhi kewajipan undang-undangnya atau kerana ia adalah untuk kepentingan perniagaan Cargill yang sah untuk melakukannya (contohnya, di mana perlu memahami pemohon dengan terperinci supaya Cargill dapat mengendalikan proses perekrutan yang efektif).

Cargill boleh memproses Maklumat Peribadi yang berhubungan dengan jantina, bangsa, etnik atau kesihatan fizikal atau mental, di mana pemprosesan dikehendaki mematuhi undang-undang tempatan dan / atau perlu untuk mengenal pasti atau menilai kewujudan atau ketiadaan peluang atau rawatan sama.

3. PRINSIP PRIVASI DATA CARGILL

Cargill memantau prinsip berikut berhubung dengan Maklumat Perekrutan:

  • Kami memproses dengan adil dan sah;
  • Kami memproses untuk tujuan perniagaan yang sah dan tidak memproses dengan cara yang tidak sesuai untuk tujuan tersebut;
  • Kami menggunakan Maklumat Perekrutan yang mencukupi, relevan dan tidak berlebihan untuk tujuan ia diproses;
  • Kami memastikan ia tepat dan jika perlu, dikemas kini;
  • Kami akan menyimpan dalam bentuk yang membenarkan pengenalpastian tidak lama dari sepatutnya untuk tujuan maklumat tersebut dikumpul;
  • Kami melindunginya daripada kerosakan yang tidak disengajakan atau menyalahi undang-undang, atau kehilangan yang tidak disengajakan, pengubahan, pendedahan atau capaian yang tidak dibenarkan, menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya;
  • Kami memproses mengikut hak Individu.

4. KEPADA SIAPA MAKLUMAT PEREKRUTAN ANDA DIDEDAHKAN?

(a) Dalam Cargill

Cargill menyekat capaian ke Maklumat Perekrutan kepada orang di dalam syarikat yang "perlu tahu" maklumat tersebut. Sebagai contoh, individu tertentu dalam Cargill akan mempunyai akses kepada Maklumat Perekrutan anda untuk memproses permohonan anda dan menguruskan proses perekrutan (ini mungkin termasuk individu dalam pasukan Pengambilan Bakat Cargill dan individu yang anda akan lapor jika permohonan anda berjaya). Sebagai sebuah syarikat global yang menjalankan perniagaan merentasi sempadan nasional, terdapat banyak situasi apabila "perlu tahu" ini memerlukan maklumat anda dipindahkan ke Cargill di negara lain, termasuk negara yang mungkin tidak atau kurang menyediakan perlindungan undang-undang untuk Maklumat Peribadi.

Cargill telah melaksanakan mekanisme undang-undang dikenali sebagai ‘Peraturan Korporat Terikat’ bagi menyediakan perlindungan sewajarnya bagi melindungi Maklumat Pekerjaan daripada EEA apabila ia dipindahkan ke syarikat Cargill yang lain.

(b) Luar Cargill

Cargill berkongsi Maklumat Perekrutan dengan Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga yang diberi kuasa untuk menjalankan dan menguruskan proses perekrutan. Sebagai contoh, Cargill boleh berkongsi Maklumat Perekrutan anda dengan penyedia perkhidmatan tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan pengesahan permohonan anda dan maklumat yang anda berikan kepada kami. Ini termasuk mengesahkan kelayakan akademik dan profesional.

Sila ambil perhatian bahawa sesetengah Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga kami mungkin adalah ahli Perisai Privasi EU-AS (lihat https://www.privacyshield.gov/list). Ia juga menjadi amalan kami untuk meminta Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga melaksanakan cara lain dalam memberikan perlindungan yang sewajarnya agar Maklumat Peribadi dapat dipindahkan dari EEA, di mana wajar.

Selain Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga kami, secara amnya, Cargill hanya akan mendedahkan Maklumat Pekerjaan anda di luar Cargill dan Penyedia Perkhidmatannya:

  • apabila dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang;
  • sebagai respons terhadap permintaan untuk bantuan oleh pihak polis atau agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain; dan / atau
  • untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam luar Cargill atau berkaitan dengan litigasi dengan pihak ketiga.

5. BERAPA LAMA CARGILL AKAN MENGEKALKAN MAKLUMAT PEREKRUTAN ANDA?

Cargill menyimpan Maklumat Perekrutan anda mengikut dasar dan prosedur pengekalan dalaman kami. Jika anda tidak berjaya dalam permohonan anda dengan kami (atau jika anda menolak jawatan tersebut), Cargill akan menyimpan Maklumat Perekrutan anda tidak lebih daripada yang diperlukan untuk proses perekrutan khusus melainkan anda bersetuju dengan tempoh yang berbeza untuk membolehkan Cargill menyimpan Maklumat Perekrutan dalam fail supaya kami boleh menghubungi anda sekali lagi jika kedudukan lain yang sesuai muncul.

6. DI MANA CARGILL MENYIMPAN MAKLUMAT PEREKRUTAN ANDA?

Maklumat Perekrutan boleh dipindahkan ke, dan disimpan di destinasi di luar negara asal (termasuk untuk pemohon kerja EEA, di luar EEA) di negara-negara, yang kurang atau tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang ketat. Ia juga boleh diproses oleh kakitangan atau vendor kami dalam bidang kuasa lain yang juga kurang atau tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang ketat.

Bila-bila masa Cargill memindahkan Maklumat Perekrutan anda, kami akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan secara sah untuk memastikan bahawa perlindungan yang mencukupi disediakan untuk melindungi Maklumat Perekrutan anda dan untuk memastikan ia digunakan dengan selamat dan mengikut Notis ini. Jika anda berada di EEA, anda boleh menghubungi kami untuk satu salinan perlindungan yang Cargill telah letakkan untuk melindungi Maklumat Perekrutan dan hak privasi anda dalam keadaan ini.

7. MELAKSANAKAN HAK ANDA

Anda mungkin berhak untuk meminta capaian, pembetulan atau penghapusan, Maklumat Perekrutan yang Cargill simpan mengenai anda. Anda juga berhak untuk membantah atau mengehadkan jenis pemprosesan Maklumat Perekrutan anda dan meminta untuk menerima salinan yang boleh dibaca mesin Maklumat Perekrutan yang telah anda berikan kepada kami.

Apa-apa permintaan untuk melaksanakan salah satu daripada hak-hak ini akan dinilai oleh kami berdasarkan kes. Mungkin terdapat keadaan di mana Cargill tidak diwajibkan secara sah untuk mematuhi permintaan anda atau kerana pengecualian undang-undang yang berkaitan yang disediakan dalam undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

Jika anda melihat ralat dalam permohonan anda yang anda ingin membetulkan atau jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan Notis ini, sila hubungi Pejabat Privasi Global di [email protected] atau

Pejabat Privasi Global
[email protected]
Tadbir Urus Teknologi, Risiko dan Kawalan
9320 Excelsior Blvd
Hopkins MN 55343
AS

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai cara Cargill telah mengendalikan Maklumat Perekrutan anda, anda harus menghubungi kami secepat mungkin. Jika anda masih tidak berpuas hati, anda mungkin berhak untuk mengadu kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data nasional anda.